Wednesday, December 29, 2010

Hayati Lagu Ini

Sik harus ada alasan sik ada elektrik di Bahagian Kapit

Empangan Bakun: apa guna yang terbesar jika tiada faedah untuk penduduk
setempat



Empangan Elektrik Hidro Bakun,penjanakuasa elektrik terbesar di Asia Tenggara dan dikatakan sebesar negara Singapura akan berfungsi sepenuhnya sik lama lagi.

So penduduk di sekitar Bakun terutamanya seperti pedalaman Belaga, Kapit dan Song yg selama tok bergelap gelita sik ada elektrik bergantung ngan generator jak berhak untuk mendapat kemudahan elektrik yg sempurna sama juak seperti penduduk bukan pedalaman yang lain.

Pake apalah Bahagian Kapit dan Belaga ada empangan hidroelektrik yang terbesar di Asia Tenggara tapi rakyat yang menetap di siya masih bergelap gelita sik ada api elektrik.

Sudahlah Empangan Bakun ya menyurutkan air Sungai Rajang sehingga mendatangkan masalah pengangkutan air di Belaga dan Kapit. Ada penduduk termasuk yg bekerja di pedalaman yg terpaksa make jalan darat sebab air sunge dah kering sebab kemarau ditambah gik dengan projek Empangan Bakun ya yg "merampas" sebahagian air yg mengalir di Sungai Rejang. Kos jalan darat biasalah memakan belanja besar gik. Mun cam ya, Empangan Bakun tok sik mendatangkan faedah tapi masalah ngan penduduk setempat...so cepat cepat la buat jalanraya bertar di Kapit dan kemudahan elektrik yg masih belum dikecapi oleh sebilangan rakyat di pedalaman.

Sik harus ada alasan sik ada elektrik di Kapit, Belaga dan sekitarnya dengan wujudnya Empangan Bakun. Harap Taib Mahmud faham kehendak rakyat tok..............elektrik adalah kemudahan asas yg berhak dikecapi oleh semua rakyat, bukan selentir rakyat jak.

BN diramalkan tewas dalam PRU13 ???


Roket DAP lebih dahulu sampai ke langit berbanding bulan Pas itu sendiri.


Aku bukannya mahu bersikap pesimis, tetapi rasa-rasanya kebarangkalian BN akan tumbang pada PRU13 adalah sangat besar. kepada Melayu terutamanya yg pro BN, kita harus bersedia menerima perkara ini..ini berlaku kerana wujud atau lahirnya segolongan “Melayu baru” yg berbeza dengan Melayu sebelumnya..”melayu baru” ini sebenarnya tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim, tetapi “melayu baru” yg lebih liberal, berani, dan keluar dari tradisi lama serta berfikiran moden, juga sudah muak dengan hipokrasi pemimpin Melayu yg kononnya membela Melayu tetapi “menjual” nama Melayu..Melayu baru ini kurang memahami perkara retorik seperti keistimewaan Melayu lantaran kemewahan atau kesenangan yg mereka ada sekarang meyebabkan mereka merasakan tidak perlu bergantung sangat dengannya..cuma bagi Melayu yg belum berjaya,seperti anak muda Melayu yg hendak masuk ke universiti dan pencari perkerjaan sudah tentu ada kebimbangan di hati mereka kerana tiada lagi keistimewaan untuk mereka…ini berlaku kerana “kuota” telah diketepikan berbanding “merit”.

Saya meramalkan PR akan menang tipis pada PRU13 dengan DAP menjadi parti teras dlm PR. PAS, PKR dan DAP tetap masih bekerjasama kerana masing-masing saling bergantung nyawa..namun PAS tidak akan berubah tetapi masih tetap liberal seperti sekarang..

Orang Melayu tidak kisah kerana rata-rata mereka memiliki kesenangan (dengan kata lain sudah berpuas hati), tiada ura-ura hak keistimewaan Melayu dihapuskan kerana itu bukan soalnya lagi kepada Melayu liberal ini, wlaupun kebanyakan dasar/peruntukan adalah memihak kepada semua kaum dan tidak lagi tertumpu kepada Melayu saja.

Rasuah juga berkurangan dengan pemerintahan PR dan nasib org miskin sama ada Melayu dan bukan Melayu juga terbela..ini berlaku kerana kewangan negara telah diambil oleh PR yg menjadi kerajaan pusat pada hari itu.

Parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan melompat parti ke PR ..off course kerana mereka tidak mahu diabaikan dalam aspek kemajuan.

Jadi jangan salahkan UMNO jika sesuatu yg buruk berlaku kepada Melayu pada PRU13 nanti, tapi ini berlaku diakibatkan perubahan pemikiran orang Melayu sendiri yg dengan sendirinya tidak mahu terikat dengan kepercayaan karut dan retorik..mereka sangat berani, tidak mahu dikongkong dan bebas dalam membuat pilihan tanpa terikat dengan ideologi dan propaganda pihak lain.

BN kalah bukan kerana konspirasi Anwar, bukan kerana DAP yg bijak mengambil kesempatan, BN kalah kerana sikap hipokrit sesetengah pemimpin BN (majoriti pemimpin BN)dan kemunculan “Melayu Baru” yg praktikal dan maju pemikiran mereka.

Mungkin detik di mana Melayu menerima hak semua kaum sama rata telah berjaya tanpa disedari oleh org Melayu sendiri..ironinya ini adalah kerana kejayaan DEB yg dilaksanakan oleh BN.

Saya pesimis, di mana parti yg saya sokong selama ini BN akan tewas..tetapi saya akan berfikiran optimis yang Melayu Baru ini akan menjadi Melayu yg berjaya mengharungi segala kemelut. – Era Baru telah muncul

Penambahan masa pembelajaran Bahasa Inggeris dan Pra Sekolah- ide tak kreatif Kementerian Pelajaran

Muhyiddin Timbalan PM merangkap Menteri Pelajaran

Kementerian Pelajaran akan/telah melaksanakan penambahan masa pembelajaran untuk subjek Bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan murid-murid. Begitu juga dengan masa pembelajaran Pra sekolah, Kementerian Pelajaran telah memanjangkan dari 3.5 ke 4 jam sehari bermula Januari tahun ini. Selain itu, guru-guru dari luar negara juga diimport untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan tujuan menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris di sini dan bertujuan mendapatkan kepakaran mereka.

Aku tidak bersetuju sangat dengan ide penambahan masa pembelajaran Bahasa Inggeris di mana KP nampaknya mengambil jalan mudah..adakah dengan menambah masa pembelajaran akan meningkatkan penguasaan murid seperti dilaksana tanpa melalui kajian mendalam..mungkin iniadalah idea yang tidak kreatif yang mampu difikirkan oleh pihak atas…apabila berhadapan dengan kekurangan atau masalah, kerajaan selalu menyelesaikan dengan sesuatu yang bersifat “nombor” atau kuantiti seperti “penambahan dana” atau “penambahan masa” dalam kes ini.

Daripada menambah masa pembelajaran, adalah lebih baik Kementerian pelajaran memberikan tumpuan dalam aspek kualitatif dan bukannya kuantitatif. Kualitatif yang dimaksudkan adalah seperti kandungan kurikulum itu sendiri..



Punca kenapa murid lemah dalam bahasa Inggeris kerana kurangnya komunikasi murid dalam subjek tersebut, saya berani mengatakan berbanding kelas-kelas lain, kelas Bahasa Inggeris adalah kelas paling senyap sekali, terutamanya sekolah di luar bandar. Murid hanya berkomunikasi hanya apabila ditanya oleh guru, selain itu tidak ada.

Adalah lebih baik murid dari tahun 1 diajar untuk berkomunikasi dan bukannya menulis dalam subjek bahasa Inggeris. Bukannya tidak boleh menulis, tapi kemahiran menulis boleh diajar dalam subjek bahasa Malaysa. Berikan lebih tumpuan kepada komunikasi paling ringkas, bermula daripada sepatah perkataan, ke frasa dan seterusnya ke perbualan ringkas. Perlu diwujudkan subjek Bahasa Inggeris Komunikasi di mana dalam kandungan subjek tersebut murid hanya belajar berbual sahaja tanpa melibatkan aktiviti menulis.

Harap ide ini sampai ke pihak kementerian berkenaan hendaknya.

Melayu dan industri kreatif

Upin Ipin- jangan terlalu awal memberikan pujian

Industri Kreatif tidak kurangnya hebatnya seperti industri lain dan ia tidak boleh diketepikan. Salah satu kejayaan industri kreatif negara adalah kejayaan filem animasi Upin Ipin yang kini popular di Indonesia dan juga India. Walaupun kos penerbitan Upin Ipin memakan perbelanjaan 4 juta dan pulangannya di Malaysia hanya dalam 5 juta, maknanya keuntungan adalah dalam 1 juta tetap juga satu permulaan yang baik. Ini belum dicampur dengan jualan DVD dan produk berkaitan seperti T-Shirt dan sebagainya.

Begitu juga dalam industri hiburan, syarikat rakaman, merangkumi komposer,penulis lirik dan penyanyi mendapat royalti daripada nada dering yang didownload oleh pengguna telefon bimbit. Jualan album merudum akibat cetak rompak dan kewujudan stesen radio menyebabkan pendengar merasakan tidak perlu lagi membeli album, tapi fenomena ini juga berlaku di seluruh dunia.



KRU telah melancarkan filem terbitan syarikat mereka iaitu Hikayat Merong Mahawangsa…akan ke pawagam seawal Januari 2011..(X pasti)..aku telah menyaksikan serba sedikit pembikinan dan juga trailernya dan ia kelihatan SANGAT hebat.

Oh ya..31 May ini..filem adaptasi dari novel popular lagenda Budak Setan akan dimainkan di pawagam. Novel Lagenda Budak Setan adalah novel sangat laris yang telah banyak diulang cetak..semoga kejayaan yang sama berlaku kepada filemnya.

Kenapa aku katakan Melayu, dan bukannya rakyat Malaysia? Aku katakan demikian memandangkan industri kreatif Malaysia sememangnya telah dikuasai oleh kaum Melayu..bidang ini sepatutnya diperkembangkan lagi kerana ia membekalkan peluang pekerjaan yang banyak…kita dapat membayangkan bagaimana sebuah filem, atau konsert memerlukan tenaga pekerja yang banyak untuk menjayakannya.

Masalah utama kita adalah marketing, tapi ini bukan satu masalah jika sebuah filem atau lagu itu berkualiti..menjawap permasalahan ini bagaimana pula filem Thailand dengan bahasa ibunda mereka boleh mendapat tempat di sini.

Kita sudah ada alatnya, kita hanya perlu kandungan yang berkualiti untuk mnjayakannya.

Kenapa marah sangat dengan orang berada?

Tema dua darjat relevan pada masa lalu, tapi sekarang tidak lagi

Isu kesaksamaan atau persamaan merupakan isu sangat popular dan laku merentas zaman. Jika dilihat dalam karya sama ada bertulis atau bergerak seperti filem klasik, mahupun masakini , pasti bercerita tentang perbezaan darjat di mana cinta antara dua kekasih mendapat tentangan hebat daripada keluarga masing masing. Cerita cerita seperti ini selalunya mudah diingati kerana ciri-ciri dramatik seperti dendam dan kebencian si kaya terhadap si miskin dan si miskin terhadap si kaya.

Itu karya kreatif. Dalam politik, isu kesaksamaan juga sangat popular dan laku merentas zaman. Revolusi menentang golongan atasan, atau berada dapat digambarkan pada zaman lampau semasa dasar komunisme digerakkan..Para petani kaya dirampas harta mereka dan dimiliknegarakan, tiada kaya dan tiada miskin kerana semua orang adalah sama darjatnya selepas itu, ada yang tidak kena selepas itu sehingga dasar komunisme menemui kegagalan. Mungkin keterlaluan menyamakan kesaksamaan dengan komunisme, tapi saya lebih cenderung menyamakan kesaksamaan dengan bahasa yang lebih jinak iaitu sosialisme. Lawan kepada sosialisme adalah kapitalisme merujuk kepada golongan peniaga yang mengetepikan kemanusiaan demi kekayaan material.

Dalam konteks moden atau hari ini, mendapat sokongan golongan bawahan dan miskin dengan menuduh kekayaan yang dimilik oleh golongan kaya dengan cara zalim menyerupai manipulasi golongan pro-sosialisme menentang golongan kapitalis dahulukala. Frasa yang digunakan adalah seperti “penindasan”, “ketidakadilan”, “kezaliman” dan bermacam-macam lagi. Golongan berada terus dituduh mengamalkan rasuah, mengamalkan ketidakadilan, kronisme demi mendapat sokongan golongan bawahan. Tuduhan ini boleh jadi betul atau tidak, tapi dengan mengatakan seseorang memiliki sesuatu harta atau benda bukanlah tuduhan yang betul untuk membuktikannya…boleh jadi tuduhan dibuat untuk menimbulkan kebencian dan mendapat sokongan bagi menambah kuasa politik.

Kaedah ini nampaknya sangat mudah digunakan oleh sebuah parti politik di negara ini. Dengan menuduh si polan memiliki ini dan ini akan terus meruntuhkan kredibilitinya di mata masyarakat, masyarakat jadi benci kepada si polan, hanya kerana kekayaan yang dimilikinya. Di Malaysia, mejadi kaya raya adalah satu jenayah- mungkin itu persepsi yang hendak dimainkan olehh golongan yang kononnya memperjuangkan keadilan ini.

Tidak dinafikan ada segelintir golongan berada yang mendapat kekayaan dengan cara yang tidak berintegriti, namun saluran untuk mendakwa mereka tidak digunakan pula sebaliknya blog-blog dan pentas politik menjadi tempat mereka membuat tuduhan. Caranya pula agak mudah, hanya menunjukkan gambar tempat kediaman si polan yang agam maka dikaitkan terus si polan dengan rasuah dan integritinya terus dipersoalkan.

Cara ini pernah digunakan pada satu pilihanraya umum di mana kawasan kediaman rasmi Perdana Menteri diberi gelaran mahligai atau istana lalu dibandingkan secara terpilih dengan kehidupan rakyat yang serba kedaifan. Sekarang isu ini boleh difahami dengan baik.

Dalam satu segi, menjadi kaya bukanlah satu kesalahan..kita memerlukan lebih banyak orang kaya di negara ini dengan harapan banyak cukai boleh dikutip daripada mereka untuk membangunkan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Yang salahnya ialah jika orang orang kaya itu tidak membayar cukai.

Kenapa isu kaya-miskin sering mendapat perhatian.Sebenarnya isu yang berkaitan dengan perbezaan adalah cara mudah dan berkesan mendapat sokongan golongan yang berada dalam kumpulan tertentu. Perbezaan ini boleh jadi dari segi taraf hidup seperti kaya-miskin, fahaman agama, pegangan politik seperti demokrasi dan republican di Amerika.

Sebagai rakyat jangan mudah dipancing dengan frasa-frasa yang saya sebut tadi seperti “penindasan”, “ketidakadilan”, “kezaliman” yang digunakan dengan sewenang-wenangnya..mungkin tajuk posting ini perlu disoalkan kepada anda “kenapa marah sangat dengan orang berada??” mungkin jawapan yang lebih baik adalah dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap golongan yang terlalu berada. :)

Bekerja dua kali ganda, untuk dua ganda hasil…

Suasana malam yang indah di Kuala Lumpur, tetapi kenapa sunyi?

Kehidupan malam dikaitkan dengan waktu untuk berehat, tetapi jika waktu malam digunakan untuk masa bekerja mungkinkah kita mendapat dua kali hasil usaha?. Salah satu ciri negara maju adalah “kesibukan yang tiada henti” atau “kepantasan”. Ini menjelaskan pendapatan sesebuah negara atau KDNK akan meningkat sebanyak 1% dari tahun semasa ke tahun semasa apabila negara tersebut membudayakan ICT dalam kehidupan seharian berdasarkan kajian yang dilakukan, dengan menjadikan Korea sebagai contoh…tapi bagaimana pula jika sesebuah negara menjadikan waktu malam juga dijadikan waktu bekerja,adalah pendapatan negara akan bertambah?

Jika waktu malam digunakan untuk bekerja, bermakna kos buruh meningkat. Sebuah institusi atau syarikat memerlukan dua kali ganda pekerja, tidak mungkin pekerja sama digunakan atas sebab keletihan. Tapi ini telah diatasi dengan keuntungan atau dua kali hasil pendapatan, jadi isu kos buruh bukan isu di sini. Bagaimana pula jika pusat membeli belah dibuka pada waktu malam? Apa yang pasti tidak semua premis perniagaan di buka pada waktu malam, atau sesuai dijalankan pada malam hari. Siapa yg akan berurusan atau membeli belah pada waktu malam?

Dari satu segi, sesebuah negara dapat menggunakan sepenuhnya tenaga rakyatnya dengan memanjangkan masa bekerja selama 24 jam..ini bermakna pengangguran dapat dikurangkan..atau dibasmi terus.Tapi buat masa ini bekerja pada malam hari (atau 24 jam) bagi sesebuah organisasi seperti kilang yang menghasilkan produk belum tentu merupakan kewajaran, melainkan ia betul-betul diperlukan…

Sesuatu yang baik untuk rakyat, tidak semestinya baik untuk negara

Gambar atas: Adakah mereka faham isu sebenarnya??


Defisit yang tinggi bagi sesebuah negara sudah tentulah tidak baik untuk negara. Negara yang mengalami defisit tinggi dikaitkan dengan perbelanjaan boros dan pendapatan yang kurang. Dari satu segi, ada rakyat beranggapan kerajaan tidak perlu risau dengan defisit tinggi asalkan perbelanjaan (atau jelas disebut perbelanjaan boros) digunakan untuk pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat.

Dalam konteks Malaysia, subsidi tinggi yang diberikan untuk menampung harga minyak mencerminkan kerajaan Malaysia sebagai prihatin dan menjaga kebajikan rakyat. Di Malaysia, kerajaan sangat berbelah bahagi untuk mengurangkan subsidi minyak kerana takut dicemuh rakyat, ini diapi-apikan lagi oleh suara parti lawan yang menuduh kerajaan zalim dan tidak memikirkan nasib rakyat bawahan (hujah populis pihak sebelah sana)…ada yang berpendapat kerajaan tidak perlu menjadi popular dengan melakukan dasar yang memihak kepada suara rakyat jika ia mendatangkan keburukan dari segi jangka panjang.

Untuk rekod, defisit Malaysia adalah bersamaan dengan 54% KDNK Malaysia..hutang negara juga sudah sampai ke satu angka di mana pakar ekonomi berpandangan kerajaan tidak perlu berkompromi lagi. Lakukan penstrukturan subsidi minyak dan laksanakan GST- kata pakar ekonomi kepada kerajaan, dan jangan manjakan rakyat- cadang pula pakar ekonomi yang lain. Masalahnya kerajaan Malaysia berhadapan dengan krisis keyakinan diri apabila berhadapan dengan rakyat yang semakin kritikal terhadap isu-isu yang dimanipulasi dengan baik oleh parti lawan. Sebagai misalan, mereka memainkan isu harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Sudah tentulah harga minyak menaikkan harga barangan lain, tapi yang tidak dijelaskan ialah kerajaan terpaksa menggunakan perbelanjaan besar untuk subsidi minyak untuk menghasilkan “asap”– satu benda tidak konkrit yang tidak kekal untuk generasi akan datang berbanding perbelanjaan untuk sekolah, hospital, premis perniagaan yang bersifat konkrit dan kekal dan boleh digunakan oleh generasi seterusnya.

Ekonomi Greece runtuh angkara hutang tinggi yang tidak terlangsai, jangan pula Malaysia menuju ke arah itu.

DEB- dasar yang semakin tidak popular dan implikasi kepada golongan muda Melayu.

Rakyat Malaysia seharusnya menghargai keamanan yang dikecapi, bukan
bermain ilusi



Dalam tulisan saya yang lalu saya telah memperkatakan tentang Melayu Baru, iaitu Melayu Baru yang berbeza fikiran dan budaya mereka, Melayu Baru ini lahir daripada kejayaan DEB yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Saya terdorong untuk mengatakan di sini bahawasanya DEB tidaklah tercapai sepenuhnya jika dilihat dari sudut perangkaan, iaitu masih belum mencapai matlamat sebenar.

Tapi bolehlah dikatakan juga DEB sudah berjaya jika orang Melayu sendiri tidak mahu ianya diteruskan. Dengan kata lain, DEB dikatakan sudah berjaya apabila orang Melayu sendiri tidak mahu lagi memerlukan DEB sebagai tongkat.

Jujurnya, kebanyakan orang Melayu yang berjaya pada hari ini sebenarnya tidak sedar pun kejayaan yang mereka miliki hari ini adalah kerana DEB, jadi persoalan sama ada DEB ada atau tidak ada pada masa depan, sebenarnya tidak pun penting bagi mereka…saya percaya hal ini berlaku disebabkan pada mereka, adanya DEB pun, mereka masih perlu berusaha kuat untuk mencapai kejayaan.,,jadi melayu Baru ini beranggapan kejayaan yang telah dicapainya pada hari ini adalah kerana usahanya sebagai seorang individu yang menempuhi kesukaran ..Namun apa yang tidak dijelaskan, atau tidak nampak di mata mereka, kesukaran yang dikatakan telah mereka tempuhi dan lalui itu tadi boleh jadi jauh lebih sukar daripada yang dijangkakannya jika tidak adanya DEB.

Saya tidak terkejut jika majoriti Melayu tidak memberi reaksi negatif seandainya kerajaan mengumumkan DEB tidak lagi diteruskan..Ini kerana Melayu Baru telah berpuas hati dengan kejayaan yang mereka capai, dan yakin mampu berdikari dan bersaing dengan kaum yang lebih ke hadapan. Dari sudut ini, kredit harus diberikan kepada BN kerana berjaya melaksanakan dasar yang boleh dikatakan berjaya, jika tidak dari sudut perangkaan pun , tapi sekurangnya dari sudut emosi atau keyakinan positif org Melayu.

Keyakinan Melayu baru juga menyebabkan tidak penting siapa lagi yang meneraju negara ini pada pandangan mereka. Dalam tulisan lalu, saya ada menyebut Melayu Baru tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda atau ideologi, lebih bebas dan tidak terkongkong..satu cara melayu Baru menunjukkan reaksi ke atas keyakinan dan budaya bertindak baru mereka adalah dengan tidak cenderung kepada aliran arus perdana..iaitu dengan tidak memihak kepada BN..tetapi ini tidaklah bermakna mereka beranggapan PR adalah lebih baik, tapi secara lumrahnya seorang anak yang sudah berjaya dan berdikari, iaitu “Melayu Baru” tidak akan mahu lagi tinggal sebumbung dengan orang tua, iaitu “BN” yang membesarkannya.

Kebanyakan Melayu Baru adalah terdiri daripada golongan kelas pertengahan yang berjaya seperti kakitangan kerajaan, doktor, peguam, guru, pegawai dari insitusi swasta dan lain-lain lagi. Mereka tidak kisah sama ada BN atau PR yang menjadi peneraju kerana beranggapan ia tidak memberi kesan negatif kepada sosioekonomi mereka selagi siapa-siapa saja mentadbir negara dengan baik…rekod buruk BN yang dijaja dengan baik oleh PR pula menjadikan BN kelihatannya bukan lagi bapa yang baik kepada golongan yang membesar di sepanjang pemerintahan BN.

Golongan muda Melayu, seperti yang telah disedia maklum bukanlah golongan pro kerajaan atau pro arus perdana, lumrahnya golongan muda berdarah panas, mudah terikut-ikut kadang kala tanpa menyelidiki salah atau betul sesuatu perkara, kebanyakan mereka beranggapan maklumat yang diperolehi dari sumber alternatif adalah lebih sahih berbanding sumber daripada arus perdana seperti TV dan akhbar pro kerajaan…Suka atau tidak suka, golongan muda Melayu ini akan menempuhi lebih kesukaran berbanding melayu baru yang sudah berjaya dari kelas pertengahan seandainya DEB tidak ada lagi pada masa depan. Ini kerana golongan muda Melayu/Bumi masih dalam proses mencapai kejayaan seperti berebut-rebut memasuki universiti yang sesuai dan mencari pekerjaan yang dicita-citakan, di mana tanpa DEB bermakna persaingan menjadi lebih terbuka untuk mereka. Merit adalah lebih diutamakan berbanding hak keistimewaan berdasarkan ras. Dalam keadaan tiada nya DEB lagi, mereka perlu berusaha kuat, lebih kuat daripada “Melayu baru” yang telah berusaha suatu ketika dulu sehingga mencapai kejyaan yang mereka kecapi sekarang, di mana ketika itu pula DEB masih ada, dan jangan pula nanti golongan muda menghabiskan masa mengutuk kerajaan di atas kesukaran yang akan atau bakal dilalui. Ini kerana kerajaan tidak perlu mempunyai sebab untuk meneruskan dasar yang tidak lagi popular dari kalangan Melayu baru dari kelas pertengahan yang bukan saja sudah berjaya, tetapi berpuas hati, malahan tidak lagi berkeinginan menyokong aliran arus perdana/kerajaan.

Tapi seperti yang saya katakan dari awal lagi, tidak penting sama ada DEB ada atau tidak ada, kerana ada nya DEB pun seperti tidak ada pada Melayu Baru ni…Kepada golongan MELAYU kelas pertengahan, tahniah atas budaya berfikir Melayu Baru ini..Satu Malaysia benar-benar sudah mencapai matlamatnya apabila orang Melayu beranggapan mereka sudah boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan orang lain. Tapi setakat berpuas hati, adakah ianyamemadai? mungkin saya tidak perlu menjawab soalan ini kerana saya adalah salah seorang dari Melayu kelas pertengahan yang dimaksudkan tadi ha ha, secara sinikalnya saya ingin mengatakan kepada golongan muda Melayu yang membaca tulisan ini, “tiada sesiapapun yang berfikir tentang nasib anda…jadi lebih baik anda berfikir tentang nasib anda sendiri.”

Demo anti judi bolasepak sempena Piala Dunia- tindakan bermuka muka?

Tindakan bermuka-muka?

Seseorang yang mahu beriman tidak perlu meletakkan syarat atau kondusi agar dia mencapai keimanan yang dimaksudkan.

Jika seseorang berkata “saya mudah untuk beriman jika saya berada di dalam komuniti Islam yang baik”, adakah dia bermaksud dia menjadi sukar untuk beriman jika ditakdirkan Tuhan dia dia tidak berada dalam komuniti Islam yang baik?

Jika seseorang berkata, “saya mudah menunaikan amalan solat jika saya berada di dalam sebuah negara Islam” adakah dia juga bermaksud sukar untuk menunaikan solat 5 waktu sehari jika dia berada di negara bukan Islam?

Jika seseorang berkata, ” saya tidak akan terjebak dalam perjudian jika tidak ada kedai judi, atau kerajaan tidak meluluskan lesen judi”, adakah dia bermaksud dia tidak akan terjebak dalam perjudian hanya kerana tidak ada kedai judi atau kerana kerajaan tidak meluluskannya?…menjawab hal yang sama, kerajaan tidak pernah meluluskan pusat pelacuran dan penagihan dadah, tetapi pelacuran dan penagihan dadah tetap juga ada di negara ini walaupun serbuan dan penguatkuasaan undang-undang dilakukan.

Penentangan golongan tertentu dalam demo anti judi bolasepak baru-baru ini tidaklah mengejutkan. Namun penentangan tersebut meninggalkan satu persoalan tentang sejauh mana keikhlasan golongan yang melakukan demo anti judi tersebut…adakah mereka faham apa sebenarnya yang mereka tentang sebenarnya? adakah mereka baru tahu akan kedai perjudian berlesen yang sudah lama berada di sekekeling mereka? Saya faham mereka membantah kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak yang hanyalah bersifat sementara saja sempena musim piala dunia..tapi bila melihat secara mendalam lagi mengenai demo tersebut..tiada apa-apa yang “asli” dan tulus atau boleh dipercayai dari tindakan tersebut..Secara kasar, ianya boleh disamakan dengan demo gah yang bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja…lantaran ketidakikhlasan atau rasional hakiki kepada tekad yang membawa kepada perlakuan tersebut.

Kebanyakan sebab yang dilontarkan adalah kerana bimbang kesan negatif yang ditimbulkan oleh perjudian bola sepak jika lesen perjudian bolasepak diluluskan, cara mereka mengatakannya seolah-olah akan sangat mudah mereka terjebak dengan perjudian jika kelulusan akan diberikan…sebenarnya tanpa perlu menunggu isu lesen judi bolasepak ini tidak timbul pun kebimbangan terhadap perjudian sebelum ini walaupun perjudian bukanlah perkara luar biasa bagi yang bukan Islam.. tapi mengapa tiba-tiba menjadi sekeras itu tidak pula diketahui puncanya, selain keuntungan politik.

Dari satu segi, ia melambangkan sikap hipokrit atau bermuka-muka golongan tertentu ini.., jelasnya mereka mengambil kesempatan di atas kesilapan kerajaan.Mereka bukanlah membantah lesen judi bolasepak dalam erti kata sebenar, tetapi meraikan kesilapan kerajaan dengan membesar-besarkannya, ini samalah seperti mereka memperbesarkan perkara lain seperti “meraikan” kemiskinan, kemunduran, rasuah yang berlaku dalam negara seolah-olah kerajaan suka perkara tidak baik tersebut berlaku dalam negara.

Berbalik kepada perkara pokok, adakah kita menjadi tidak yakin kepada diri kita dengan cabaran yang berada di sekeliling kita, dalam konteks isu semasa iaitu perjudian bola sepak? Adakah kita lemah kerana “diri kita yang lemah” atau menjadikan elemen luar sebagai alasan kepada sebab kelemahan yang berlaku dalam diri..

Jika kita hendak menjadi orang yang beriman, jangan meletakkan syarat dan kondisi untuk mencapainya.

Adakah Selangor dan Penang itu negara lain, wahai Anwar?

Bukan Ketua Pembangkang, tetapi Ketua Pembohong


Ketua Pembangkang Pemusnah Rakyat Anwar Ibrahim kerap kali memburukkan pencapaian Malaysia di kalangan rakyat dengan menuduh ekonomi Malaysia merosot teruk berbanding negara-negara jiran..dikatakan pelaburan Malaysia jauh lebih teruk berbanding Vietnam dan Indonesia, dan bermacam macam lagi yang dikatakan mengenai Malaysia…tidak ada yang baik baik walaupun sedikit melainkan yang buruk buruk belaka.

Tapi apa yang tidak dijelaskan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah juga sebahagian daripada Malaysia. Adakah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat itu negara lain dan bukannya Malaysia wahai Anwar Ibrahim? Adakah Anwar Ibrahim terlupa apabila dia mengatakan ekonomi Malaysia merosot dan tidak stabil, samalah seperti dia mengatakan ekonomi Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan juga merosot dan tidak stabil??

Dua negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…kegagalan kerajaan negeri yang diterajui PKR dan DAP masing-masing di negeri terbabit sebenarnya memberi impak kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhannya…jangan menuduh kerajaan persekutuan saja yang bertanggungjawab untuk menarik pelaburan..kerana kerajaan di dua negeri paling maju tersebut adalah lebih bertanggungjawab terhadap pentadbiran di negeri yang dikuasainya.

Atau mungkin juga PKR dan DAP sengaja mensabatoj dengan tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh menarik pelaburan asing ke negeri yang mereka kuasai sendiri , kemudian sebaliknya menuduh pula ia adalah kegagalan Kerajaan Persekutuan semata-mata kerana gagal menguruskan ekonomi. Tentang ekonomi Kedah dan Kelantan pula tidak perlu disebutkan kerana dua kali lima malah lebih teruk lagi dari itu apabila berada di bawah Pemusnah Rakyat.

Usaha mensabatoj ekonomi Malaysia sebenarnya sudah bermula semenjak Anwar mencanangkan berlaku peralihan kuasa pada 16 September, ia sengaja diulang dan terus dilaungkan sehinggakan seluruh dunia percaya kepada laungan atau pembohongan tersebut. Negara-negara asing takut hendak melabur lantaran politiking yang melampau oleh Anwar yang menggambarkan berlaku ketidakstabilan politik di Malaysia..memang benar ekonomi ketika itu tidaklah begitu baik lantaran saingan dari negara Cina, India yang menawarkan kos buruh rendah…namun pembohongan Anwar mengenai 16 September semakin memburukkan keadaan.

Kepada Anwar, jangan terlupa apabila anda memburukkan ekonomi Malaysia…samalah seperti anda memburukkan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang berada dibawah Pakatan Rakyat aka Pemusnah Rakyat…jangan sesekali terperangkap dengan permainan lidah Anwar Ibrahim….yang bercabang-cabang dan berbelit belit itu.

Era sebelum dan pasca pentadbiran Tun Mahathir .

Tun Mahathir, Bapa Pemodenan Malaysia

Semasa era pentadbiran Tun Mahathir, ramai yang mengkritik dan bersikap kritis terhadap gaya kepimpinan beliau. Ada yang membuat tuduhan bahawa Mahathir adalah seorang diktator, kuku besi dan bukan pengamal demokrasi tulen.

Sudah tentulah ramai juga yang menjangkakan suasana di Malaysia akan menjadi lebih aman dan lebih baik setelah Mahathir melepaskan jawatan dengan Tun Abdullah Badwi menjadi pengganti beliau, namun jangkaan itu bukan saja meleset malah menyaksikan Malaysia menempuhi pahit getir dan perpecahan yang tidak kita jangkakan boleh berlaku.

Tun Abdullah ingin menonjolkan kepada rakyat beliau adalah berbeza dengan kepimpinan sebelumnya, Abdullah mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa beliau bersikap lebih terbuka atau lebih baik berbanding Mahathir. Keterbukaan (atau kelembutan) Abdullah boleh diterjemahkan dari sikap mengalahnya dengan membatalkan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura, dan yang terbaru pemberian blok minyak di perairan Sarawak kepada Brunei. Abdullah juga dikatakan telah membebaskan Anwar daripada penjara – satu cara membuktikan kepada rakyat bahawa beliau adalah seorang yang sangat baik. Abdullah juga dilihat tidak suka mengamalkan ISA berbanding Mahathir, demo anti kerajaan oleh Kumpulan Hindraf misalannya boleh dicegah jika ISA dilakukan lebih awal. Pengamal media alternatif seperti bloggers, mahupun yang berdasarkan kaum mengambil kesempatan menyebar ideologi dan kutukan kepada kerajaan………tindakan ada diambil tapi sudah terlambat pada ketika itu.

Ironinya rakyat Malaysia kerana pada masa era Tun Mahathir ISA dipertikaikan kerana perlaksanaannya yang dianggap zalim dan tidak demokratik, dan pada era Abdullah pula ISA diperkatakan semula kerana sikap kerajaan yang mahu menjadi lebih baik kononnya dan tidak mahu menggunakan ISA sebagai langkah pencegahan. Mungkin silap kita juga kerana terlalu mengutuk kerajaan sehingga kerajaan takut untuk mengamalkan ISA kerana bimbang dituduh zalim, kejam dan sebagainya.

Kepimpinan Perdana Menteri seterusnya pula lebih bersikap pro perniagaan dan belajar dari kesilapan-kesilapan lama. Namun terlalu awal untuk memperkatakannya kerana Najib baru setahun menjadi Perdana Menteri, namun ada tanda-tanda yang menunjukkan Malaysia menuju ke arah yang betul..jika menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan kejayaan 6 bidang keberhasilan negara.

Apa yang boleh kita pelajari daripada semua ini? Saya percaya di Malaysia tidak sesuai memiliki seorang pemimpin yang mahu dirinya “nampak sangat baik” di mata rakyat sehingga ada yang mengambil kesempatan ke atasnya. Seorang pemimpin harus memiliki semangat nasionalis dan idealisme yang kuat dan bukan bersikap seperti seorang peguam apabila menyelesaikan isu jambatan bengkok dan pertindihan blok minyak di perairan Sarawak. Ada masa-masa tertentu seseorang pemimpin perlu bersikap seperti seorang “diktator”, tegas dan berani melakukan sesuatu yang dianggap baik untuk negaranya walaupun kesan dari tindakannya itu akan menyebabkan dia dituduh sebagai mahafiraun, mahazalim dan sebagainya oleh sesetangah rakyat yang gagal memahami atau dipesongkan pemikiran dek kepentingan politik golongan tertentu.

Namun ada hikmahnya akan berlaku peristiwa ini. Sekurang-kurangnya rakyat tahu kenapa Tun Mahathir bertindak sedemikian, bagi Mahathir keamanan adalah segala-galanya. Sudah tentulah kita gagal memahaminya ketika itu kerana anasir-anasir jahat yang merosakkan keamanan negara sudah berjaya dicegah, oleh itu rakyat Malaysia sukar memahami ketegasan Mahathir kerana merasakan keamanan yang mereka kecapi datang dengan sendirinya, dan bukan “dicipta” atas ketegasan polisi atau dasar kerajaan . Tapi kita dapat memahaminya dengan mudah bukan pada era Mahathir, tapi pada era pasca Mahathir di mana kita menyaksikan penentangan atau keterbukaan serta politiking melampau berlaku dengan cara yang melukakan hati semua pihak.

Ramai yang merindui era pentadbiran Tun Mahathir………..saya percaya majoriti rakyat Malaysia beranggapan demikian, apabila menyaksikan ketidakpastian yang berlaku pada masa sekarang.

Strategi DAP jika Anwar didapati bersalah

Dulu reformasi, kini reforbasi


Anwar Ibrahim bergelut dengan kes liwat ke 2 nya, dan melihat kepada perkembangan kes ternyata situasi lebih memihak kepada Saiful di pihak pendakwa…ini berikutan pendedahan bukti oleh saksi iaitu Dr Razali tentang penemuan DNA yg dikenalpasti daripada sampel mani yang diperolehi daripada dubur pengadu.

Kata Dr Razali, tidak mungkin dia melakukan kesilapan kerana dia berpengalaman memeriksa mangsa liwat yang melibatkan kira-kira 100 buah kes sebelum ini.

Tapi bukan itu intipati yang aku ingin sampaikan, apa yang aku ingin sampaikan adalah strategi Pakatan Rakyat jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah nanti.

Meskipun Anwar dipenjarakan atas kesalahan liwat, mungkin sudah terlambat untuk PR berpecah atau berputus asa memandangkan PRU13 yang berlangsung pada 2012 kian hampir.

Mereka juga tahu mereka berada hampir di puncak kejayaan dek sokongan kaum Cina kini adalah cenderung kepada PakaTan Rakyat, apa yang perlu mereka lakukan adalah berusaha sekurang-kurangnya mendapat separuh daripada undi Melayu. Jadi mereka berpandangan kerjasama DAP,PKR dan PAS perlu juga diteruskan walaupun ada prasangka di dalam hati.

Apa yang akan PR lakukan nanti bagi menarik undi adalah dengan menimbulkan simpati rakyat kepada Anwar yang berada dalam penjara. Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen “Undi Pakatan, Bebaskan Anwar”dalam PilihanRaya Umum akan datang. Dalam penjara pula, Anwar membuat strateginya sendiri…jika dahulu dalam penjara pada kes 1998, Anwar pernah mendakwa dirinya diracuni arsenik, disuntik virus HIV dan menuduh kerajaan zalim kerana tidak membenarkannya mendapatkan rawatan tulang belakang di luar negara, tidak mustahil alasan atau helah yang sama atau diubahsuai digunakan pada PRU13 nanti..tidak mustahil penyakit tulang belakang Anwar akan muncul semula pada PRU13 nanti…dan bermacam-macam dakwaan dikenakan kepada polis atau kerajaan seperti beliau disuntik dengan itu dan ini, sama seperti apa yang pernah dilakukan Anwar sebelum ini bagi mendapat sokongan rakyat.

Media Alternatif seperti Malaysiakini, Harakah, Roket dan blogger pro pakatan seperti Raja Petra termasuk media asing akan melancarkan perang saraf dan menghebahkan kepada seluruh dunia antarabangsa kononnya kerajaan BN zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat yang dipesongkan pemikiran mereka akan bersimpati kepada nasib Anwar dalam penjara lalu mengundi Pakatan dengan tujuan menyahut seruan kempen “Undi Pakatan, Bebaskan Anwar”…

Lantaran kejayaan kempen itu seterusnya menghakiskan sokongan kepada BN dan memberikan kemenangan kepada PR dalam PRU13. Namun apa yang berlaku sejurus itu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan apabila Anwar tidak pula dibebaskan kerana DAP memberi alasan kerumitan undang-undang untuk membebaskan Anwar dari penjara. Sudah tentulah demikian kerana tiada sebab DAP perlukan Anwar selepas PR berjaya memenangi pilihanraya umum. Lagipun mereka tidak mahu Anwar mengambilalih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang akan membuat keputusan yang cenderung kepada PKR dan bukannya DAP.PKR berasa tertipu tetapi merasa rugi jika keluar dari PR begitu saja, oleh itu mereka kekal saja bersama PR dan menganggap Anwar cumalah bahan kenangan. PAS pula tidak mementingkan apa-apa lagi kerana matlamat mengalahkan BN sudah tercapai..untuk mengelakkan PAS keluar PR, kerusi kabinet dari kementerian berprofil rendah akan diberikan kepada pemimpin PAS oleh DAP, mereka tidak berasa kesal pun asalkan mendapat gelaran Menteri atau Timbalan Manteri pun sudah memadai.DAP pula menjadi parti teras dalam Pakatan Rakyat.Melayu baru seperti PAS juga tidak berasa risau dengan kemaraan DAP dan menganggapnya sebagai “toleransi tertinggi bangsa Melayu” dan “demokrasi sebenar” lalu menyamakannya dengan kejayaan yg sama di Amerika di mana Presidennya adalah orang berkulit hitam.

Apa yang ditulis di atas cumalah ramalan semata-mata, cuma saya suka membuat ramalan dengan harapan ia tidak akan berlaku, dan jika ramalan di atas berlaku pun, sekurang-kurangnya kita tidaklah begitu terkejut kerana ia telahpun diramalkan terlebih dahulu dalam blog ini.

Blog "berfikir di luar kotak" akan dimerge dengan blog "Azlan dan dunia"

Blog berfikir di luar kotak akan ditutup selama-lamanya dan kandungannya sebelum ini akan digabung terus dengan blog Azlan dan dunia.

Ini kerana penulis blog ini sukar untuk mengendalikan dua blog secara serentak, masuk itu keluar ini. Maka akan dicantum terus untuk lebih menyenangkan.

Harap maklum.

Tuesday, December 28, 2010

"PNB, anda tidak mampu."kata rakyat Malaysia.

Bangunan Warisan akan dibangunkan, simbol kejayaaan bumiputera, dan DAP
marah?


Sebenarnya, daripada semua perbahasan di wall dan di ruang discussion ini hanya lebih kurang 5% saja yang membincangkan isu ini dengan ruang lingkup yang betul, terlalu banyak premis yang tidak berkaitan dan tidak menjawab langsung sama ada Projek Mega Warisan ini tidak boleh diteruskan, terlalu banyak tuduhan, sangka buruk dan andaian berasaskan sentimen politik dan pemikiran yang negatif. Kebanyakan komen adalah berasaskan sentimen, dan bukan berwahanakan ilmu dan ketulusan.

Kebanyakan mereka gagal memberikan takrifan pembaziran dengan baik, malah gagal memberikan contohnya pun. Andaian bahawa projek ini akan gagal, tanpa memberikan sebabnya pun, andaian bahawa ia tidak diperlukan, tanpa memberikan alasan bernas. Andaian bahawa mereka tidak mampu, dan pasti gagal- tanpa menyatakan sokongan, sebaliknya memusnahkan harapan.Andaian-...........andaian............dan andaian............

Intro kepada konflik perbincangan tanpa had ini mudah,
PNB ingin menunjukkan kebolehannya. Itu sahaja.
Dan kerajaan berkata "okey, buktikanlah"
Dan 100,000 ribu rakyat menyahut "oh, mana mungkin. Dia tidak akan mampu. Dia akan gagal. Gagal dengan teruknya!! "

Saya sudah menyebut tentang "perasaan rendah diri" rakyat Malaysia kepada kemampuan GLC/ syarikat berjenamakan Malaysia sendiri. Mereka lebih percayakan pedagang asing, pelabur asing, orang-orang terkenal dan jenama-jenama terkenal. Dan PNB, siapa PNB?? persoal mereka. Namun "perasaan rendah diri" ini tidak dapat diakui oleh rata-rata dari mereka kerana sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada identiti mereka. (rakyat Malaysia ini)

Sekiranya yang membangunkan Projek Mega Warisan itu bukan PNB, tetapi sebuah konglomerat dari Jepun, Korea, Amerika atau yang berjenama besar dari negara Eropah seperti Sweden atau apa saja yang penting bukan PNB, atau GLC, sudah tentulah mereka tidak membuat tuduhan atau andaian atau persoalan yang bukan-bukan. Jika ada pun tentangan, jika ada, tidaklah seteruk sekarang. Mereka akan berkata "oh, ia adalah projek mega yang hebat!" berlainan sungguh dengan komen mereka sekarang. Bukan projek yang dipersoalkan, tetapi siapakah yang membangunkan projek itu yang dipersoalkan, dengan lebih detail lagi, kemampuan PNB yang dipersoalkan. PNB belum membuat apa-apa pun, dan ia telah dihukum gagal. Kenapa? kerana ia GLC? dan terus dikait terus dengan kerajaan. PNB adalah kerajaan. dan kerajaan sama maknanya dengan kegagalan. Lihat bagaimana sentimen politik diguna pakai.

Dalam perenggan artikel "Projek Mega PNB yang disalahertikan" dalam perenggan terakhir saya menyebut "jika golongan anti arus perdana ini tidak mahu bangunan ini didirikan, sebenarnya PNB tetap boleh mendirikan bangunan ini, tetapi bukan di Malaysia, ....tetapi dengan melaburnya di negara lain di mana modal dan keuntungan yang sama boleh diperoleh. Agak aneh apabila pelaburan berbilion bilion ringgit di luar negara diterima oleh rakyat tapi tidak pula di negara sendiri sedangkan kebaikannya dinikmati rakyat."

Banyak negara luar yang membangun dengan pesat yang mengimpikan projek seperti bangunan 100 tingkat ini, PNB boleh melabur di Timur Tengah, di China, malah di India sekalipun. Tetapi dinegara sendiri, Malaysia, alahai..........jangan sesekali, kerana anda telah dihukum gagal.Lihat, contohnya sudah ada, dalam page facebook ini ..........kan?.

Sekiranya PNB melabur di China, India banyak pekerjaan yang diwujudkan untuk rakyat mereka di sana. Rakyat mereka pasti mengalu-alukan, bukan saja PNB malah syarikat GLC lain di Malaysia. Malah Petronas boleh mendirikan satu lagi menara berkembar, bukan di Malaysia, tetapi di Dubai misalannya.

Dan rakyat Malaysia, berputih mata? Tidak apa, mereka ada pelabur asing untuk mereka.( Hakikatnya pelabur asing ini bukanlah teman setia pun, kita telah mendapat pengajaran darinya.)
Rakyat Malaysia? Oh, mereka sukakan "jenama terkenal", dan bukan "jenama kampung" seperti PNB. PNB tidak mampu- rakyat nampaknya telah membuat keputusan.

Kisah di sebalik kepada kesediaan PNB untuk melabur dalam negara sebenarnya tidak pernah diceritakan. Pakar ekonomi Malaysia telah menegur dan menasihati kerajaan untuk menggalakkan GLC lebih membuat pelaburan dalam negara sendiri, dan bukannya melabur di luar negara. Tujuannya, membangunkan rakyat, negara, dan meningkatkan rantaian nilai.

Sekitar 90 an, diakui Malaysia mewah bukan kerana GLC nya yg kukuh (selain Petronas) tetapi dipacu oleh pelaburan asing, kilang-kilang banyak didirikan sehingga Malaysia dikenali sebagai pengeluar semikonduktor no 1 di dunia. Era 1997 dan sekitarnya, pelabur-pelabur ini tidak lagi berminat dengan Malaysia, kos buruh yg murah di China lebih menarik perhatian. Pelaburan asing mulai menyusut.

Secara perlahan. sekitar 2000 hingga kini. GLC menjadi pemacu utama ekonomi dan bukan lagi swasta. Secara relatif, Malaysia tidak lagi menarik perhatian pelabur asing seperti dulu...dan pelaburan dari GLC, termasuk konglomerat tempatan sendiri digalakkan oleh pakar ekonomi- supaya lebihkan lagi melabur di dalam negara ,dan bukannya di luar negara.

Ini yang ingin dilakukan oleh kerajaan. dan PNB menyatakan kesediaannya..Ironinya, rakyat kita kelihatan belum bersedia untuk menerima projek mega ini.

Oh, jika demikian.lebih baiklah GLC melabur saja di luar negara. Kita hendak membangun dengan cepat, tetapi terperangkap dalam "putaran" hujahan-hujahan yang akhirnya membazirkan masa. Jika beginilah penerimaan rakyat Malaysia, seperti yg saya katakan tadi, lebih baik PNB melabur sahaja 5 billion tu di China, India atau Timur Tengah, mungkin rakyat asing lebih pandai menghargainya.- Azlan Shafiee

Tulisan ini turut dilampirkan di Group Anti Menara Warisan pada Ruang Perbincangan di facebook. http://www.facebook.com/home.php#!/topic.php?uid=162774653750749&topic=270

Projek Mega PNB yang disalahertikan.

PNB bukan sekadar simbol kejayaan bumiputra, tetapi adalah kejayaan
bumiputra itu sendiri.


Agak aneh apabila rakyat menyokong subsidi 40 billion yang pernah dicadangkan oleh ketua pembangkang untuk mengurangkan harga minyak yang bersifat hangus berbanding projek bangunan 100 tingkat berharga 5 billion yang bersifat kekal dan boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Tekanan suara rakyat ini menjadi semakin kuat apabila mereka bersatu hati mewujudkan halaman dalam facebook yang menentang idea pembangunan bangunan 100 tingkat ini dan memberikan hujah-hujah berdasarkan maklumat yang salah, walaupun ianya kedengaran bernas. Sehingga kini halaman tersebut memiliki hint atau likes sebanyak 100,000 lebih dan jumlahnya dijangka meningkat selepas ini.

Sebenarnya ada istilah yang sesuai untuk memberi istilah atau perihal mereka ini, ia dipanggil "anti-establishment" atau "anti arus perdana". Mereka terdiri daripada golongan muda yang melihat dunia dari kacamata idealisme dan bukannya realistik. Mereka tidak memahami tentang "kitaran" ekonomi di mana untuk menjana ekonomi wang harus bergerak, dari satu pengguna ke satu pengguna, semakin banyak pergerakan ini, bermakna semakin banyak perbelanjaan, penggunaan dan "kerancakan" ekonomi terbabit, juga semakin banyak cukai boleh dikutip, untuk siapa cukai ini, untuk rakyat dan pembangunan yang lain. Tetapi apa yang mereka perdebatkan adalah jelas terpesona dengan istilah statik seperi "wang rakyat", dengan melebih-lebihkan atau menggemparkan istilah statik ini seperti ianya satu "Tuhan yang tidak boleh diusik" dan mempergunakannya dalam setiap perbahasan dengan berpaksikan "kuasa rakyat".

Wang rakyat betul harus digunakan untuk perkara yang memberikan faedah kepada rakyat, tapi bukan menurut difinisi mengikut naluri atau nafsu rakyat semata-mata. Jika rakyat mahukan harga minyak yang murah, wang rakyat boleh digunakan untuk subsidi minyak, maka Malaysia akan mempunyai harga minyak yang murah sehingga habis tempoh hayatnya. Jika rakyat mahu gaji dinaikkan, mudah untuk kerajaan menaikkan gaji mereka menurut jumlah apa yang rakyat mahu, sudah tentulah kerajaan mahu berbuat demikian, tidak kisahlah kerana rakyat akan memilih mereka semula kerana semua keinginan nafsu besar rakyat sudah berjaya ditunaikan, dengan cara yang sangat mudah tanpa memikirkan implikasinya sedikit pun.
Tapi , beginikah caranya?

Rakyat protes apabila kerajaan (yang sebenarnya lebih tepat PNB) melaksanakan bangunan 100 tingkat dan memberikan alasan-alasan yang tidak berkait pun dengan bangunan itu sendiri. Kita berasa bangga apabila syarikat asing melabur berbilion-bilion dalam negara kita, tapi bersikap sebaliknya apabila syarikat tempatan seperti PNB melabur dalam negaranya sendiri. Kita merungut apabila kadar pengangguran meningkat, tetapi tidak melihat pembangunan yang dilancarkan oleh kerajaan atau GLC adalah untuk mengatasi kadar pengangguran itu sendiri.Walaupun projek ini siap pada tahun 2015, tapi faedahnya akan dinikmati oleh generasi muda hari ini yang akan membesar, keluar daripada universiti atau kolej dan mencari pekerjaan pada tahun 2015 nanti.

Jumlah 5 billion oleh PNB bukanlah jumlah yang luar biasa untuk sebuah pelaburan, baik pelaburan asing atau pelaburan yang dibuat oleh GLC atau swasta. Banyak syarikat daripada Timur tengah melabur di negara kita dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah 5 billion itu. Malahan, pakar ekonomi sendiri menggalakkan GLC mahupun institusi swasta membuat pelaburan dalam negara berbanding melabur di negara asing kerana memberikan lebih faedah kepada rakyat. Sebaliknya, rakyat kita merungut?

Alasan yang digunakan oleh golongan anti arus perdana ini ialah GLC adalah syarikat berkaitan dengan kerajaan, maka duit rakyat jangan disalahgunakan. Hakikatnya, pembangunan bangunan 100 tingkat adalah projek yang diusul sendiri oleh PNB dan bukannay kerajaan. Sejujurnya PNB mempunyai rekod sangat baik dalam tadbir urus dan pulangan kepada para pelabur mereka adalah konsisten dan sangat memuaskan. Ini diakui oleh para pelabur PNB sendiri. Kerajaan dengan itu, turut memberikan sokongan, dan tiada satu sen pun duit rakyat atau cukai kerajaan yang terlibat, malahan duit para pelabur juga tidak terlibat. yang terlibat adalah aset daripada PNB sendiri. Hakikat yang harus diterima, GLC walaupun berkaitan dengan kerajaan, tetapi tidak bermakna kerajaan mempunyai akses yang terlampau ke atasnya, ini kerana GLC mempunyai golongan pemikir atau pembuat keputusan sendiri yang tidak memerlukannya merujuk kepada kerajaan. Adakah GLC seperti Petronas, PNB perlu membuat rujukan terlebih dahulu untuk setiap pelaburan yang dibuatnya kepada kerajaan? Golongan "puak sebelah ini" sebenarnya cemburu kepada Petronas, PNB yang beraspirasikan pembangunan untuk bumiputera Malaysia dan menyahut Dasar Ekonomi Baru, dan mereka sedang mencari jalan supaya rakyat, termasuk bumiputera sendiri memandang sinis kepada PNB dan Petronas serta GLC yang lainnya. Saya ingin menyebut ini, dengan sejelasnya, ini adalah satu sabotaj kepada institusi dan agen ekonomi yang beraspirasikan kebaikan untuk bumiputra.

Golongan anti arus perdana ini juga menuduh kerajaan mengabaikan golongan miskin dan rakyat pertengahan tapi tidak pula menyebut peruntukan yang diperuntukkan untuk pendidikan, kementerian pembangunan masyarakat,wanita, dan yang lainnya. Bagaimana mereka sewenangnya menuduh sebuah pihak dengan tidak adil dan pada masa yang sama menyembunyikan separuh daripada kebenaran? Yang disebut adalah 5 billion untuk projek mega, tapi yang berbilion-bilion lagi untuk pendidikan, jalanraya di Sabah dan Sarawak dan masyarakat lainnya tidak pula disebut secara bersama. Kepada golongan ini,jika ingin menipu sekalipun, pastikan orang lain tidak tahu anda menipu.

Mereka juga mencipta alasan tidak perlu mendirikan bangunan yang tinggi untuk menjadi negara maju kerana negara maju seperti Jepun, Britain dan sebagainya tidak mempunyai bangunan pencakar langit. Bagi negara maju, bangunan tinggi bukan lagi satu prospek untuk mereka , jika ia satu prospek pun, mereka lebih berminat menanamnya di luar negara, tetapi kepada negara membangun seperti China, India, Dubai, Malaysia dan negara-negara membangun yang lain, negara ini memerlukan "momentum" atau "pencetus" kepada ekonomi mereka. Jika tidak ekonomi kita akan menjadi "sepi" dan "senyap" seperti yang berlaku 5 tahun kebelakangan ini.
Sebenarnya jika golongan anti arus perdana ini tidak mahu bangunan ini didirikan, sebenarnya PNB tetap boleh mendirikan bangunan ini, tetapi bukan di Malaysia, ....tetapi dengan melaburnya di negara lain di mana modal dan keuntungan yang sama boleh diperoleh. Agak aneh apabila pelaburan berbilion bilion ringgit di luar negara diterima oleh rakyat tapi tidak pula di negara sendiri sedangkan kebaikannya dinikmati rakyat. Dari satu sudut, mungkin ini berlaku kerana kita terperangkap dalam konflik rendah diri, dan masih memandang rendah pada kebolehan bangsa sendiri- oleh Azlan Shafiee

Tulisan ini turut dilampirkan di Group Anti Menara Warisan dan Sokong Menara Warisan di Facebook pada Ruang Perbincangan.

Macam ni tulisan cdak Mesir purba ada kat Nusantara ooo??

Ahli sejarah pun sik tauk macam ni tulisan and bahasa Mesir Purba pande ada kat Indonesia. Dikatakan bangsa Melayu Rejang diIndonesia menyerupai bahasa mesir Purba. Nang sungguh misteri. Tok la cerita yang aku baca dari blog Melayu Nusantara aku turunkan ckit, untuk gambaran kitak org.


Tok pulak sistem tulisan Melayu Rejang yang menyerupai sistem tulisan Mesir purbakala:


So, ahli sejarawan pun ngakuk memang ada kaitan kuat antara Nusantara dan Mesir suatu ketika dahulu, or lebih jelas gik beratus beribu tahun dolok. Sik mungkin kebetulan, mun kebetulan pun sikkanlah sistem tulisan pun kebetulan sama juak. Tapi aku sik pasti siapa yg mempengaruhi siapa, Mesir ikut Nusantara ke or Nusantara yg ikut Mesir masa ya. Hmm, menarik topik tok, bagi akulah.

Friday, December 24, 2010

Adakah Melayu bangsa yang lupa diri?

Bangsa Melayu bersatu padu bila menyedari musuh mereka yang nyata


Orang Melayu di Malaysia mempunyai ikatan yang kuat dengan pegangan agama mereka. Ada yang berpendapat, orang Melayu boleh bertolak ansur dalam banyak perkara, tetapi tidak apabila ia menyentuh mengenai agama. Adakah ini boleh diterima?

Sebelum Islam tiba ke Tanah Melayu, orang Melayu di Nusantara adalah beragama Hindu. (lihat saja tinggalan sejarah seperti Angkor Watt, tradisi kehinduan dalam perkahwinan orang Melayu, dan patung-patung berhala yg banyak di Indonesia)
Pengaruh Islam tersebar di Tanah Melayu apabila pemerintah atau Raja-Raja di Nusantara didakwah oleh pedagang-pedagang dan pendakwah daripada Asia Barat. Rakyat memeluk Islam apabila Raja-raja mereka juga memeluk Islam.

Dalam konteks hari ini, orang Melayu di Malaysia secara pukul rata sudah berfahaman liberal, tetapi mereka menafikan mereka berbuat demikian.

Orang Melayu rata-rata tidak faham akan kepentingan institusi di Raja yang menjamin hak agama mereka iaitu Islam dan bahasa rasmi mereka iaitu Bahasa Melayu. Mungkin mereka lupa jika tidak suatu ketika dahulu Raja-Raja memeluk Islam, maka hari ini mereka lahir sebagai Islam kerana nenek moyang mereka beragama Islam.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini, orang Melayu tidak sentiasa sama pegangan agama mereka jika tidak ada kuasa politik yang menjamin kesinambungan mereka untuk hidup dan beribadah secara harmonis. Jika dahulu orang Melayu beragama Hindu dan kemudiannya memeluk Islam, tidak hairan pada masa depan orang Melayu yang beragama Islam ini tidak lagi beragama Islam tapi jika masih Islam pun hanya ditulis beragama Islam di dalam IC sahaja.

Melayu tidak kurang seperti bangsa-bangsa lain, mereka boleh berjaya jika berusaha dan gagal jika tidak berusaha. Mereka juga boleh dipengaruhi oleh anasir jahat jika tidak ada perlindungan kuasa politik dan boleh kekal identiti mereka yang baik jika ada Raja-Raja yang menjadi lembayung yang melindungi mereka dari segala anasir-anasir jahat.Fikir-fikirkan.

Wang punca hubungan erat?

Wang tidak boleh membeli kasih sayang, bagaimana pula dengan wang di atas?


Kata orang wang bukanlah segala-galanya. Tapi hakikatnya segala-galanya memerlukan wang.
Kata orang, wang tidak penting, yang penting adalah kejujuran. Hakikatnya, manusia tidak boleh hidup dengan kejujuran. Ada kalanya orang yang hidupnya dengan menipu dalam perniagaan akan lekas kaya dan lekas juga miskinnya kerana tidak dipercayai orang dan hidupnya yang tidak berkat.
Kata orang, harta dan wang bukanlah segala-galanya. Namun kita dapat melihat negara yang miskin berpecah belah, perang di sana sini, kebuluran merata-rata dan sepertinya tidak ada masa depan lagi...menjadi miskin bukan menjamin sesebuah negara akan aman.
Ibu bapa yang tidak mempunyai wang atau harta atau miskin akan sukar disayangi oleh anak-anak, mereka diperlakukan seperti Al Quran buruk, dibuang takut berdosa dan hanya disimpan di rumah-rumah orang tua, begitu juga sebaliknya, anak-anak yang tidak berwang atau miskin sukar disayangi berbanding anak-anak yang berharta dan selalu menghadiahkan wang atau kebendaan untuk orang tuanya.
Kerap juga penceraian berlaku dalam sebuah keluarga yang miskin berbanding keluarga berada, dan yang menanggung akibatnya adalah anak-anak di dalam keluarga tadi.Ini hanya memburukkan keadaan.
Aku tetap berpegang wang bukanlah punca kepada perhubungan yang erat, tapi nampaknya pegangan itu hanya kekal dari sudut falsafah kerana realitinya manusia hidup dalam kepura-puraan...

Selamat Menyambut Hari Krismas and Happy New Year




Azlan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Merry Christmas dan Tahun Baru kepada semua umat manusia yang menyambutnya. Tak kira di Malaysia mahupun yg berada di luar negara, hmmmmm jika ada.

Dah lama dah Azlan tak update blog ni........kali terakhir Azlan menulis blog adalah 4 bulan yg lalu, dalam tulisan lalu Azlan berjanji akan update blog sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Nampaknya, Azlan telah mungkir janji kepada diri sendiri.

2011 akan tiba tidak lama lagi.

Apa agaknya azam baru Azlan ya? Perlukah azam baru? azam tahun lalu pun Azlan tak ingat pulak.Inikan pula hendak menunaikannya. Ha! Ha!

Azlan ingat nak kurangkan berat badan sebagai azam tahun 2011...banyak yg komen Azlan dah "kembang" semenjak bekerja di pedalaman. Mana taknya makan banyak-banyak sebab takut kebuluran. Sekarang terlebih pulak.

Dalam aspek peribadi, Azlan hendak menyiapkan satu projek X yg Azlan tak mahu beritahu siapa-siapa setakat ini. Dah lama dah Azlan simpakan hasrat ini. Insya-Allah apabila tiba masa yg sesuai Azlan akan beritahu nanti.

Oh setakat inilah yg Azlan coretkan mengenai azam baru Azlan untuk tahun hadapan.
(Hmm..kalau nak berazam ni bukan main mudah, tapi nak menunaikannya bukan main susah lagi kan.........) Sampai berjumpa lagi.