Wednesday, April 25, 2012

Ambeega, iblis dalam wajah manusia yang dipuja puja



1. Matlamat bersih bagi menuntut proses pilihanraya yang bersih dan adil, secara positifnya untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat jelata akan kepentingan keadilan dalam proses pilihanraya sekaligus menjamin hak diri mereka sebagai rakyat dalam negara pengamal demokrasi. Dari segi lain, akan memberikan ketakutan atau pengajaran kepada kerajaan supaya kerajan tidak bertindak atau cuba memanipulasikan undi dan menyalahgunakan kuasa untuk campur tangan dalam proses pilihanraya.

 2. Tapi persoalan sama ada berlaku proses pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil serta campurtangan kerajaan dalam urusan pilihanraya tidak pernah dibuktikan berlaku dengan jelas dan tidak pernag dibahaskan di mahkamah. Memang benar wujud cadangan daripada pihak Ambiga dan Bersih dalam memantapkan proses pilihanraya, tapi semua pihak dan sesiapa juga berhak untuk memberikan cadangan. Cadangan yang dikemukakan sudah tentulah dialu-alukan, pertemuan dan perbincangan bukan saja dengan SPR malah wujud jawatankuasa antara ahli parlimen sendiri dalam membincangkan pemantapan proses pilihanraya di negara ini, bukan saja untuk PRU 13 tapi PRU yang seterusnya. "Perhimpunan Bersih" yang ke 4 dan bakal berlangsung tidak lama lagi kini dijenamakan semula dengan "Perhimpunan Bersih- Duduk dan Bantah".

3. Apa yang dibantah tidak diberikan penjelasan dengan jelas. Apakah Bersih membantah keputusan PRU 12 yang menyaksikan BN tumbang di 4 buah negeri? Apakah Bersih membantah proses pilihanraya yang tidak adil yang dikatakan sudah berlaku? Boleh sebut secara jelas, dengan buktinya sekali tentang ketidakadilan dalam pilihanraya yang dikatakan sudah berlaku itu? Sebenarnya Ambiga sendiri tidak memberikan penjelasan yang jelas, dan tiba-tiba meminta rakyat untuk bersama-sama membantah tentang sesuatu yang tidak diketahui olehnya. Sehingga kini, apa yang dibantah hanya menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat yang berfikiran neutral.Bagi yang tidak neutral, atau cenderung kepada pemimpin mereka, mereka hanya mengikut saja tanpa perlu berfikir atau mempertikaikan.


4. Nama sebenar Perhimpunan Bersih juga perlu diubah menjadi Perhimpunan Politik Berhaluan Kiri Bersih untuk menepati gambaran sebenar. Ini kerana ianya disertai oleh pemimpin politik dari pembangkang dan pengikut pakatan mereka sahaja. Ya, memang benar mereka adalah rakyat. Mana-mana perhimpunan pun (termasuk perhimpunan Seksualiti Merdeka) adalah perhimpunan rakyat, yang membezakan mereka sama ada mereka majoriti atau minoriti. Istilah "suara rakyat" tidak boleh diterima sebagai suara majoriti rakyat.

 5. Perhimpunan Bersih kali ini juga mengambil pendekatan "duduk" dan bukan "berarak" seperti sebelumnya. Ini kerana mereka telah belajar dalam Perhimpunan Bersih yang sebelumnya bahawa mereka masih dapat berarak secara terancang dalam kumpulan tertentu ke stadium sebelum berhimpun, jadinya perarakan masih juga berlaku tanpa perhimpunan itu perlu berlaku. "Perhimpunan" itu sendiri pun bukanlah matlamat sebenar mereka tetapi "perarakan" itulah matlamat utama mereka.Saya percaya yang akan mereka kumandangkan semasa perarakan itu nanti bukanlah keadilan untuk pilihanraya, tapi kata kata makian untuk pemimpin kerajaan negara ini yang dipilih secara sah dan demokratik.

 6. Dari sudut undang-undang, tidak salahnya mereka berbuat demikian. Sesiapa sahaja boleh berhimpun kerana perlembagaan membenarkannya.Tapi rakyat harus membezakan munasabah atau tidak munasabah serta niat sebenar penganjur mengadakan perhimpuna tersebut. Apakah perhimpunan Bersih ini berdiri atas sebab yang munasabah atau tidak munasabah? atau diberikan sebab yang munasabah agar tidak kelihatan nawaitu yang tidak baik itu.

7. Perhimpunan ini sendiri tidak akan mendapat sambutan jika dinamakan "Mari kita guling kerajaan di jalanraya", maka perlu ada nama yang lain untuk menyembunyikan niat sebenar. Iblis sendiri tidak dapat memikat manusia dengan menunjukkan wajahnya yang sebenar,kerana itu Iblis muncul dalam bentuk wajah yang dipuja puja oleh manusia.

 8. Ya, dengan berbaik sangka saya akui Ambiga mempunyai harapan agar negara ini mempunyai sistem pilihanraya yang adil dan tiada sebarang campurtangan, tapi bagaimana dengan pemimpin pembangkang yang ingin turut serta dalam perhimpunan itu nanti? Tidakkah mereka berasa sedih sekiranya perhimpunan ini nanti berlaku secara aman?.

9.Baiklah, dengan berbaik sangka, pemimpin pembangkang ini mahukan perhimpunan ini berlaku secara aman.Saya ulangi, pemimpin pembangkang mahukan perhimpunan ini berlaku secara aman (?) .Harap ianya tidak kedengaran mengecewakan bagi pihak yang ingin berlakunya huru hara kerana kita tahu siapa yang beruntung jika huru hara ini berlaku, sudah tentu mereka mendapat modal besar untuk menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.

Wednesday, March 28, 2012

Anwar Bongok

1. Pakatan Rakyat berjanji akan menghapuskan pinjaman PTPTN jika berkuasa kelak.

2. Sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan, bagaimana pula dengan pelajar lepasan sekolah akan datang yang ingin menuntut ke universiti kelak, maka kena buat pinjaman daripada bank yang lebih tinggi kadar interestnya, kerana pinjaman PTPTN sudah ditiadakan.

3. Penghapusan pinjaman PTPTN kepada peminjam sedia ada juga sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dan ketidakadilan kepada peminjam lain yang membayar pinjaman mengikut tempoh dan ada yang telah selesai melunaskan pinjaman mereka.

4. Yang untung ialah mereka yang liat atau tidak pernah membayar hutang mereka langsung, kerana jumlah baki pinjaman lebih besar dan dihapuskan begitu saja. Untuk berlaku adil, Pakatan Rakyat kenalah mengembalikan jumlah pinjaman yang dibayar oleh pembayar pinjaman PTPTN yang lain sebelum ini, tapi berkemampuankah mereka untuk berbuat demikian.

5. Janji Pakatan Rakyat bersifat populis dan bukan menjaga hak rakyat. Janji Pakatan Rakyat bersifat bermusim, ya, memang diakui berjanji adalah senjata utama mereka semasa pilihanraya.Tapi seperti biasa, tembelang mereka nampak juga selepas pilihanraya, seperti apa yang berlaku pada PRU 12, banyak janji yang tidak ditunai, maka PR lebih layak digelar parti mungkir janji saja.

Monday, February 27, 2012

Himpunan Hijau, pertembungan antara Falsafah dan Intelektual yang klasik


Aktivis alam sekitar VS saintis, siapa bakal menang?


Rakyat berpendapat mereka adalah Tuhan sebenar berbanding pemimpin mereka.

Kata mereka lagi, pemimpin adalah hamba kepada rakyat.

Ketuanan Rakyat, Kuasa Rakyat, People Power dan seumpanya dicanang begitu hebat merata-rata.

Kuasa Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan, baik kerajaan yang dipilih melalui demokrasi ataupun bukan demokrasi.

Pendek kata kuasa rakyat adalah kuasa ulung dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin-pemimpin dunia, diktator-diktator , Raja-Raja dan seumpamanya.Namun apa yang tidak diberitahu, selepas kuasa rakyat, kuasa apakah yang menggantikan selepas itu?

Artikel ini tidak akan menyentuh mengenai hak rakyat untuk bersuara, kita tidak ada masalah tentang perkara tersebut. Di Malaysia anda bebas untuk berhimpun, baik di kawasan tertutup, atau terbuka, atau di bawah pokok sekalipun. Wujud perbezaan pendapat di kalangan rakyat atau penguatkuasa melalui terjemahan atau terma tertentu berkenaan “perhimpunan aman” . Adakah perarakan dari satu kawasan ke satu kawasan juga boleh difenisikan sebagai perhimpunan? Namun dari segi falsafah, rakyat dan kerajaan tidak ada masalah tentang perkara tersebut. Ya diakui media perdana menyokong kerajaan, tetapi kita yakin media perdana akan tetap menyokong sesiapa saja yang menjadi kerajaan jika ada peralihan kerajaan seandainya berlaku peralihan.

Ada yang mempersoalkan kenapa perlu berhimpun sedangkan rakyat boleh membuat keputusan di atas kertas undi semasa pilihanraya?Jawapan paling standard ialah ini adalah hak rakyat yang dijamin dalam perlembagaan, tapi tiada sesiapan pun yang diberitahu bahawa ini ialah kerana keputusan undi pilihanraya sering tidak memihak kepada diri mereka. Maka cara demonstrasi dipilih oleh pihak tertentu untuk menyampaikan mesej ini :“kami tahu kami akan kalah dalam pilihanraya, maka kami memilih cara untuk berdemontrasi” atau berhimpun, atau berarak atau seumpamanya. Orang yang menang tidak akan memilih cara berdemonstari, orang yang kalah memerlukannya, kerana ini saja saluran yang mereka ada. Mereka akan terus berdemonstrasi dan berdemonstarasi, sehingga mereka fikir mereka menang. Sebenarnya mereka tak menang pun, mereka cuma fikir mereka hebat. Sekurang-kurangnya mereka cuba untuk melupakan kesedihan mereka, dan mereka cuba juga membuat pertuduhan-pertuduhan rambang tanpa bukti, dan menarik perhatian orang lain ke arah perjuangan mereka yang tidak dapat dipastikan keasliannya.Ya, kita akui ramai yang terpedaya. Perhimpunan-perhimpunan mereka tidaklah dinafikan mengumpulkan ramai orang. Kenapa berjaya?? Kerana mereka menggunakan idea universal atau makro yang difahami orang ramai seperti keadilan, kesaksamaan dan seumpamanya. Cuma hakikat sebenar, atau perkara mikro tidak dijelas dengan sepatutnya, pertama kerana sifat terperinci hanya orang-orang tertentu saja yang boleh memahami. Kedua, kebanyakan orang lebih tertarik kepada perkara falsafah berbanding perkara-perkara teknikal.

Di Pahang, ada satu golongan yang membantah satu projek perkilangan yang mereka tuduh sebagai mencemarkan alam sekitar dan meberbahaya kepada penduduk sekeliling. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka ini aktivis alam sekitar kerana selama ini mereka hanya berdiam diri saja dengan aktiviti mengorek pasir di salah sebuah negeri jiran mereka, juga pembalakan tidak terkawal di sebuah lagi negeri di utara. Baiklah, dengan berbaik sangka, kita menganggap mereka sebagai aktivis alam sekitar sahaja.

Apabila diberitahu golongan saintis dan pakar yang mengatakan projek perkilangan di Kuantan ini tidaklah merbahaya, aktivis alam sekitar ini tetap tidak percaya. Apabila diberitahu oleh pakar bahawa radiasi yang terhasil adalah lebih rendah daripada radiasi yang dihasilkan oleh telefon bimbit dan televisyen yang mereka gunakan setiap hari, mereka tetap beranggapan mereka betul dan orang lain salah.

Malah mereka tetap tidak percaya sehinggakan beberapa pakar nuclear dalam pakatan mereka sendiri telah menafikan projek ini merbahaya pun tetap mereka menolak sepenuh hati mereka.

Aktivis alam sekitar ini mendakwa, kenapa perlu menerima sebuah kilang yang ditolak oleh rakyat di negaranya sendiri?? Jawapannya, Australia sebuah negara demokrasi yang tidak mempunyai 2/3 majoriti kuasa dalam kerajaan berdepan dengan tuntutan NGO-NGO mereka. Pelampau alam sekitar, NGO-NGO ini bersuara lantang atas nama alam sekitar. Mereka tidak berdiri di tempat yang betul, ataupunn salah, itu tidak penting kepada diri mereka kerana mereka menolak apa saja demi falsafah mereka.Dan mereka mengajak rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah yang sama, tolak apa saja atas nama alam sekitar. Sebab tidak penting. Kebenaran tidak penting. Hanya perjuangan mereka yang maha betul.

Dan itu juga yang dibawa ke Malaysia. Sikap rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak suka membaca dan mudah diselewengkan pemikiran mereka semakin memburukkan keadaan. Mereka membandingkan Projek Lynas dengan projek nadir di China yang memangpun gagal. Siapa pula kata kita mahu mencontohi China?Anehnya kita tidak dimaklum atau tidak diberitahu tentang projek nadir bumi yang berjaya seperti di US .

Dan mereka menjawab kembali dengan beremosi, kenapa tidak binakan kilang itu disebelah rumah kamu wahai penyokong Lynas??. Sebenarnya pihak yang ditanya tidak ada masalah jika kilang itu didirikan di sebelah rumah mereka, kerana ia tidaklah merbahaya seperti apa yang mereka fikirkan. Kita masih ingat mereka menuduh ini adalah projek nuclear semasa Lynas mula kedengaran, apabila dibuat penjelasan ia bukan projek luknear pun tetap mereka menuduh yang bukan-bukan.

Apa yang anehnya dengan golongan ini, mereka sendiri tidak pernah memberikan penjelasan kepada tuduhan yang mereka berikan.Apabila dimintakan penjelasan, mereka akan mengulang soalan-soalan yang sama. Kenapa tidak dirikan kilang ini disebelah rumah kamu? Kenapa Australia menolak projek kilang ini? Sebenarnya, sebagai rakyat yang mengaku bijak mereka hendaklah memberikan penjelasan bukannya bertanyakan soalan-soalan yang sama. Tapi seperti yang saya katakana, tidak penting sama ada mereka berdiri di tempat yang betul atau salah, kerana bagi mereka ini adalah demi perjuangan mereka. Dan perjuangan mereka adalah maha benar. Dan orang lain adalah tetap salah.

Adakah ini ada kaitan dengan politik?. Jawapannya tidak, walaupun dapat dijangkakan ada satu pihak yang mengaut keuntungan. Ini adalah pertembungan antara keintelektualan melawan falsafah. Sudah menjadi lumrah, falsafah selalu menang kerana intelek hanya dipunyai oleh orang-orang tertentu sedangkan falsafah mempunyai ramai pengikut pengikut. Lagi satu, orang intelek hanya kecil, bersifat senyap walaupun cuba untuk bersuara, dan ini menyebabkan intelektual terus mati.

Saturday, February 4, 2012

Anwar Tokoh Bapa Liberalisme Malaysia




Jika Mahathir diberi jolokan Bapa Kemodenan, dan Najib Bapa Transformasi,maka Anwar layak diberi jolokan Bapa Liberalisme.

Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri yang ke 7 jika Pakatan Rakyat menang sepertinya melengkapkan arus perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju ke hadapan, sama seperti negara-negara maju yang lain di Barat.

Kemodenan yang dibangunkan di zaman Mahathir, Ketelusan yang cuba dibawa di zaman Abdullah Badwi yang akhirnya memakan diri, dan Tranformasi yang dianjakkan oleh Najib sepertinya tidak cukup lengkap tanpa kebebasan atau liberalisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.

LIBERALISME adalah puncak kejayaan dan kegemilangan, di mana intipati liberalisme membawa maksud kepentingan hak asasi individu untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang sekatan.Ia adalah puncak kejayaan, di mana kritikan kepada individu di atas pembawaan mereka akan dianggap kesalahan dan tidak boleh diterima.Apa lagi yang boleh dianggap paling berjaya, jika apa saja yang kita lakukan tidak boleh dikritik sebaliknya diiktiraf oleh undang-undang.

Kebebasan untuk menganuti mana-mana agama, kebebasan untuk melakukan zina baik sesama jenis, kebebasan untuk bersekedudukan, ia perkara biasa yang berlaku di negara Barat. Pengkritik kepada kebebasan beragama selain agama nenek moyang, juga pengkritik sodomi akan dianggap tabu dan ketinggalan zaman.

Percayalah kemenangan Anwar pada PRU 13 adalah kemenangan liberalisme, Malaysia akan mencapai taraf kemajuannya sama seperti di negara-negara Barat yang bebas lain yang berkiblatkan kebebasan.

Akan lebih banyak lagi muncul NGO-NGO seperti Seksualiti Merdeka yang berkiblatkan kebebasan, dan tuntutan daripada Majlis Peguam yang dipengaruhi idealisme dan perundangan negara Barat, juga akan muncul lebih banyak pejuang-pejuang kebebasan beragama seperti Ambeega yang tidak dapat dihalang suara mereka kerana pengiktirafan golongan politik dan media serta NGO antarabangsa .

Namun kemenangan Anwar yang paling besar adalah berjaya menenggelamkan suara-suara konservatif seperti PAS yang bukan saja senyap, tetapi berjaya diliberalkan pemikiran mereka.

Friday, January 27, 2012

AKAN MUNCUL LEBIH BANYAK AMBEEGA SELEPAS INI


Akan muncul lebih banyak pejuang kebebasan beragama seperti Ambeega jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak

Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, percayalah akan lebih banyak lagi muncul NGO-NGO seperti Seksualiti Merdeka yang berkiblatkan kebebasan, dan tuntutan daripada Majlis Peguam yang dipengaruhi idealisme yang merugikan agama dan bangsa, serta berkiblatkan perundangan negara Barat, juga akan muncul lebih banyak pejuang-pejuang kebebasan beragama seperti Ambeega yang tidak dapat dihalang suara mereka kerana pengiktirafan golongan politik dan media serta NGO antarabangsa.

Menerima Pakatan Rakyat sama ertinya menerima liberalisme dan anasir yang berada di belakangnya.

Thursday, January 26, 2012

PAS KINI DIJENAMAKAN SEMULA


Imej di atas lambang bulan gerhana PAS yang terbaru.

Hanya baru seperti 2 bulan yang sudah PAS dikenali sebagai Pengikut Ambeega Sreenavasan kini PAS sudah mempunyai nama baru, mungkin sempena tahun baru 2012 maka pemimpin PAS ingin menjenamakan semula parti politik berkenaan.

Kini PAS dikenali sebagai Parti Adat dan Sosial (PAS)

Tahniah kepada PAS atas penjenamaan semula ini.

ANWAR TERKEJUT




sebenarnya Anwar terkejut dirinya dibebaskan.

satu persoalan penting,KENAPA ANWAR TERKEJUT??

(bagi yang pandai berfikir, dia tahulah jawapannya)